Aiztechnology Inside
Wednesday, December 14, 2011
disember the serabut month
bukan serabut pasai forex...tapi pasai life..bab forex ok ja...ada naik ada turun.turun tu sket sangat.......tapi naik selalu....
income dalam forex sederhana tapi syukran la bleh simpan duit kalau terdesak leh withdraw..ekekekkeke...
cuma serabut dgn life sebab mula dah terasa bahang nak kosintret dgn forex tapi pada masa yg sama kena kosintret dgn family...as a full time trader mmg la based tu kat umah jaa...
lagi serabut bila sekolah wife dapat pengetua baru lagi sekali..pengetua lama xbertahan lama hanya setahun stay kat skolah tu...pengetua baru nih plak punya la giat ntah apa2...time cuti sekolah dia buat kalut dok call cikgu2 suruh mai sekolah nak ubahsuai ikut kehendak dia..mengada-ngada pon ada...
anyway...xlama lagi nak bukak sekolah dah...mesti pakat dok pikir camna nak cari duit nak beli benda2 utk anak nak sekolah...
Monday, November 28, 2011
Monday, November 14, 2011
Thursday, November 10, 2011
Wednesday, November 9, 2011
R dan S untuk hari nih
R2 - 1.6195
R1 - 1.6054
PIVOT - 1.5980
S1 - 1.5839
S2 - 1.5764
SPOT - 1.5917
Monday, November 7, 2011
Friday, November 4, 2011
Thursday, November 3, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Monday, October 24, 2011
Signal
arini saya tak menerima sebarang signal...maybe dgn keadaan market tenggelam timbul..org yg kasik signal amik tindakan duduk ketepi dahulu...harap2 esok ado la signal hendaknya
Saturday, October 22, 2011
PAMM traders
ataupun boley masuk Carigold Forum untuk PAMM traders terkini dan kasik profit menarik
Friday, October 21, 2011
Wednesday, October 19, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 17, 2011
Saturday, October 15, 2011
keletihan
Thursday, October 13, 2011
salam jumaat
Mintak Maaf
Wednesday, October 12, 2011
BADAN TAK BERAPA sihat
walaubagaimana pun..alhamdulillah tetap profit!
Tuesday, October 11, 2011
Signal Forex melalui SMS



Sudah bosan dan putus asa dalam forex? Selalu kerugian dari dapat keuntungan? Nak beli signal forex international terlalu mahal sehingga menjangkau harga sehingga USD360 sebulan?saya ada penyelesaiannya..
hanya sebulan RM90!
Target untuk seminggu 150-200 pips ... Insyaallah .
Jika contoh hari Rabu kite telah capai target, hari seterusnya kite tidak trade.
Target untuk sebulan 450-500 pips ....insyaallah
Jika contoh minggu ketiga sudah capai target , minggu berikutnya kite tidak trade.
Semua 'Open Positon' atas kehendak sendiri.Diharap anda paham dan terima aper jua keadaan yang berlaku.
Sekian Terima Kasih..
email saya untuk mengetahui maklumat lanjut atau mengenai pembayaran dan servis yang di sediakan di: aiztech@time.net.my
A/c Bank : Maybank
No A/c : 152170044474
Amount: RM 90.00
Manager Sms / Account Name: AL AMIN AHMAD
Sms Phone No: 0175500679 ( sila sms jika telah transfer atau masukkan fees )
sms : SIGNAL BANK RM90 NAMA TIME DATE
no:0175500679
Forex dan diri saya..
pada mulanya saya memang seram sejuk nak berforex nih mengikut pengalaman2 lalu memang susah nak profit.
pelbagai cara disediakan untuk profit dalam forex nih...indicator/robot/teknik baca graph..memacam laa teknik yg disediakan...cuma bezanya ada yg berbayar dan free ja..rasanya yg berbayar ka free ka sama saja kena monitor..
tetiba saya terpandang satu peluang hari2 nak profit dalam forex nih...SIGNAL FOREX MELALUI SMS..
saya pon cuba la langgan signal nih..best gila...memang bukan nya kerap terima signal..kenkadang sehari 3-4 signal..ada sehari 1 signal ja..ada yg sehari tak dak signal langsung..tapi apa yg pasti..senantiasa PROFIT!!!
jadi saya pon cuba la try nak iklankan di internet..gagal jugak la sebab kebanyakan ruang iklan di internet nih mengharamkan perkataan FOREX...
jadi saya try la iklankan di Blogspot nih...mana nak tau bleh dapat income best...
Thursday, March 18, 2010
Apa La Nasib Aku Dapat Jiran Jahat Cam Iblis??
Hampa semua leh pakat nengok, jiran depan umah aku ni mementang AJK masjid..orang kaya..dok derma kat masjid kerap kot..buat khemah kenduri..langsung tak sentuh kawasan rumah depa..leh senang kluaq masuk....
Ni hampa nengok..mementang aku nyer family ni orang susah...bukan AJK masjid..pi masjid pon tak der makna buat depa...takat derma kat masjid time ari jumaat ja...depa leh buat tahana..khemah nya tiang leh buat bebetui ngan pintu pagaq rumah aku...camna aku nak kluaq masuk dalam umah?kenduri lagi 2 hari nuuuuu...takkan aku nak letak kereta kat luaq rumah...mau orang saja pecah kereta aku..ada depa nak tanggung???dah buat jahat kat orang..sekoq pon tak dak kat rumah...bleh pakat kluaq sunyi sepi..tau buat salah...ni ka AJK masjid?nama ja alim ulamak...tapi ada gak hati busuk dengan jiran...bukannya aku pernah kacau depa pon...
Thursday, February 25, 2010
Kemalangan di simpang Masjid Aman, Alor Setar, Kedah
Lokasi: Simpang empat utama Masjid Aman Alor Setar
Kebetulan ketika saya baru pulang dari rumah mertua saya, memang diluar jangkaan keadaan jalanraya seperti sibuk sedangkan sudah pukul 10 malam lebih.Walhal jalan ini selalunya sudah hampir lengang. Ketika saya berhenti di lampu isyarat dari arah tandop-alor setar, betul2 hadapan mata saya terlihat kereta memcut laju melanggar lampu merah dan terus terbabas melanggar tiang lampu isyarat yang tidak berdosa tu..
mujurlah ketika kejadian lain2 kenderaan baru nak masuk gear untuk bergerak.bagi saya kalau memasing dah tekan minyak untuk memecut..sah kemalangan ini bertambah ngeri berkemungkinan mengakibatkan maut.
memang secara automatisnya, kesesakan jalanraya terus berlaku apabila semua pemandu mula memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut.
kejadian yg kebetulannya berlaku di kawasan rumah saya memudahkan saya untuk berhenti di tepi jalan dan melihat kejadian dengan lebih dekat.Ketika saya sampai ke tempat kemalangan saya melihat sekumpulan pemuda berbangsa cina sedang berkumpul dan memarahi satu lagi pemuda yang pastinya pemandu kereta tersebut..pemuda dalam linkungan umur sekitar 20an tersebut cuba melarikan diri tetapi berjaya di kepung pemuda2 yg lain yg saya dapat pengesahan mereka ini adalah kawan2 pemuda yg bergegas ke tempat kejadian.
apabila ditanya kenapa hendak melarikan diri...pemuda cina tersebut beritahu dalam keadaan panik "saya mabuk"..takut untuk di periksa...kawan2 pemuda cina ni memberitahu saya yg mereka marah kerana dia mabuk tapi hendak memandu juga dan hampir2 membunuh kekasih pemuda tersebut yg juga ada dalam kenderaan tersebut.
Sebenarnya perkara ni satu topik panas siang tadi bila saya berdialog dengan anggota polis dari bilik gerakan aduan rakancop.
Kejadian kemalangan kecil pagi tadi membabitkan saya yg memandu kereta dilanggar motorsikal yg dipandu oleh seorang kakak di simpang 3 berlampu isyarat dekat dengan jambatan simpang kuala, alor setar.motorsikal si akak ni dengan tiada lampu brek,lampu signal serta side mirror memandu dengan laju di sebelah kiri saya memotong sebiji lagi motorsikal yg dipandu perlahan...bila terlihat keadaan tersebut, saya mengelak daripada melanggar akak tu bila terpendang dia memotong tanpa melihat kenderaan ada ke takdak belakang motorsikalnya...bila saya dah mengelak, jangkaan saya akak ni akan masuk kembali ke tepi kiri jalan..jangkaan saya meleset apabila si akak ni rupanya terus bertindak membelok ke arah kanan tanpa melihat saya sudah pun bersebelahan dengan dia.akibatnya dia melanggar pintu penumpang arah kiri kereta saya. setelah saya mengambil tindakan memberhentikan kereta ditepi jalan, akak tu slamber leh dtg dekat saya dan berkata "ni jalan akak hehari..setiap hari akak straight jalan ni tak eksiden pon"..hahahahahah...lucu betui alasan akak tu..saya pon reply balik " akak oit..jgn la tipu saya..dari jauh saya nampak akak nak memotong org lain..pastu terus masuk kanan tak toleh belakang..lagipun bukan akak sorang ja bayar roadtax kat malaysia ni..saya pon bayar road tax..jadi jalan ni bukan jalan akak sorang lalu hari2 tau"
"sekarang ni tak mau kira sapa salah..akak cedera tak?"..reply akak tu "tak luka pon tapi akak ingatkan nak mintak maaf..tapi dah tuduh akak tipu..akak tak jadi minta maaf sebab adik yg silap"..haik?hehehehehehhe...
"akak...yg langgar kereta ni akak..bukan saya yg langgar akak..pastu akak nya kesalahan banyak sangat...tak bagi signal..tak dak lampu brek..tak tengok belakang..tak dak side mirror..kalau kita pesetel kat balai..akak kena saman terus tau tak?"..yg bestnya...akak ni slamber dog ja pecut motor dia..maki saya apo pon tatau la..siap tunjuk penumbuk lagi tu kat saya....hehehehehehe...samseng betui akak nih...
jadi ketika di rumah saya pun sms rakancop polis kedah dengan sms begini "Poliskd tiada langsung operasi diwaktu pagi kawasan simpang kuala, pelbagai kesalahan penunggang dan pembonceng motorsikal seperti tiada lesen,helmet,lampu brek dan isyarat, menunggang secara merbahaya.harap ada tindakan drastik membenteras kesalahan motorsikal diwaktu pagi, terima kasih"
dan pada petangnya, ada seorang anggota polis bilik gerakan menghubungi saya..dengan nada marah kata "awak tuduh polis tak buat kerja ker nih?"..hoh?belum sempat saya berkata apa2..anggota tersebut bertindak memberi syarahan serta tak bagi peluang saya bersuara langsung...saya cuba memberi keterangan yang saya bukan menuduh..tetapi hakikat memang tiada operasi sekatan jalan raya di waktu pagi...last-last bila saya pun dah naik jemu tidak dapat bersuara..saya just kata "ikut suka lah" "ok lah" "saya jugak yang salah"..angota polis berkenaan kata "lain kali datang ke balai buat report kata di langgar motorsikal tu..baru kami boleh buat sekatan jalan raya" hoh????? biaq bebeno? takkan kena langgo baru nak road block? bukan kena buat roadblock selalu untuk mencegah kesalahan jalanraya sebelum kena langgo ker?
saya memang malas nak lawan secara fakta ngan polis ni..sebab satgi lain plak depa charge..tak pepasai kita jadi OKT..walhal kita nak beri kerjasama nak membenteras..kalau idak buat apa saya mendaftar jadi ahli rakancop?
sebenarnya hampir 2 tahun lebih saya memandu di jalan simpang kuala ni..start pagi sabtu sehingga hari khamis (jam 7.00 am-8.00am), kecuali hari cuti sekolah...memang tak pernah sekalipun! di ulang sekalipun tak pernah! pihak polis biasa dan traffic buat sekatan jalanraya..sampaikan penduduk setempat tahu yg polis takkan buat operasi terhadap penunggang motorsikal..maka mereka sewenang-wenangnya melanggar undang-undang jalanraya...
dan untuk pengetahuan semua..di kawasan simpang kuala ni..ini adalah kali kedua saya dilanggar oleh motorsikal..kali pertama..sah-sah penunggang (pemuda berbangsa cina) ni tiada lesen memandu..corner makan jalan..terus langgar kereta saya..dan terus melarikan diri..memang tak saya kejar..tak guna...
jadi niat saya untuk membantu membenteras..di salah ertikan..tetapi tak sepatutnya seorang anggota polis yg berpengalaman bertindak menilai saya sebegitu rupa..memang saya kecewa dengan layanan anggota polis berkenaan..tak seperti kes2 yang dahulu yg dah saya buat aduan di talian rakancop..seorang ASP polis traffic alor setar dan seorang sarjan mejar balai polis Yan memberi layanan serta penerangan yang mesra awam...siap mintak maaf sebab aduan saya mengenai mat rempit buat bising di waktu tidur (jam 1pagi) pihak traffic lambat buat tindakan..lambat jugak la sampai sejam baru ada tindakan..
memang sampai sekarang saya rasa kecewa dengan anggota berkenaan..sepatutnya dia mesra awam..sebab dia bahagian PA bilik gerakan..heharap hati saya terubat esok kelak...
terima kasih
Pihak bantuan kecemasan memang cepat sampai...salute!..
kemalangan ni telah mengakibat kesesakan lalulintas yg jarang2 berlaku...saya plak jadi petunjuk arah jalan agar pemandu2 lain tidak memasuki laluan kemalangan..tumpang bangga gak semua pemandu ucap terima kasih membantu mereka agar tidak terperangkap..ada lagi rakyat Malaysia yang baik ya..susah gak nak dengar ucapan terima kasih ni...
Tuesday, February 2, 2010
Jadual Tugas
Jumaat - Pagi - tuisyen di tandop
Tengahhari - solat jumaat
Petang - tuisyen TM shahab perdana
Malam - tuisyen tandop
Sabtu - Sekolah ganti untuk cuti hari raya cina, Petang gi perlis bawak 1 family.mak nak amik duit sewa bendang.
Ahad - Sekolah cam biasa..malam ja tuisyen kat tandop
Isnin - bawak mak dan ayah mertua ke pejabat zakat..depa ada nak kena amik duit hadiah tahunan jadi tukang ngajo muqaddam dan quran di kawasan kampung bahagia
Tekanan Oh Tekanan!
Tekanan Air-
Seminggu ni adalah seminggu yang panasss...cuaca yang amat panas sampai suhu dalam rumah min dah menjangkau 33darjah celcius.nasib baik la ada aircond..bayangkan rumah batu yang lain tak dak aircond..seksa menahan panas..tapi kata orang "baru panas dunia..belum panas di neraka lagi". Sampaikan ramai di antara kita yang mula jatuh sakit akibat panas yang berlebihan..
Tetiba, kawasan Kota Setar di landa tekanan air rendah!..bayangkan hampir seminggu..air kluar punya la slow...air tak naik ke tangki..rumah min 2 tingkat..jadi susah laaa air nak naik ke tangki...ingatkan rumah 2 tingkat jer bermasalah..bila min tanya kengkawan..rumah satu tingkat pon air slow sesangat..apo ni?dedulu ..kalau air problem..selalu di war2kan dalam radio ka paper ka..ni tetiba ja slow..leh buat bodoh memasing..tak baik woooo dalam islam, kita dok buat camtu..menipu rakyat namanya...tak mau...tak mau...(gaya poziah nawi)..kata tengah upgrade kemampuan tekanan air..tak dak beza pon..ingat satu kedah ni mampu ka nak pi beli pump air nak kasi air laju ? Sebenarnya benda ni dah meleret makan tahun dah..alasan demi alasan..kemajuan yang di khabarkan..bluuum kami merasa..terasa cam terkebelakang keadaan pembangunan dan kemajuan..bukannya kedepan..dulu tekanan air rendah gak..tapi tak la makan mingu..makan tahun..tahap klorin yang tinggi pon amat membahayakan..memalam air naik keladak putih..bunyi cam air soda..ado gas..putih...makan time nak jernih balik...what ke the hell? Pihak pemerintah kena buat sesuatu la..dulu penyokong2 hampa sanggup bertekak..berparang..bergaduh..bertumbuk..nak bagi ampa menang..nak perjuangkan apa yg ampa laungkan...tapi la ni ampa sepi..dok pulun bela orang kampung..dok pulun bagi taklimat kat orang yan..awat orang aloq setaq tak penting ka?
Tekanan Darat:
Bunyi cam ampa dah setel masalah dengan hutang piutang yang ditinggalkan oleh pihak pemerintah yang dulu...alhamdulillah..nampak gayanya ampa leh la pebetui mana yang patut apa yang kami inginkan sejak dulu lagi...dah berpuluh tahun, banyak taman kawasan alor setar tidak berturap..ramai yang mengharap dapat merasa keistimewaan membayar cukai pintu..perparitan yang langsung tak perbaiki di perbaharui..terpaksa plaaak penduduk taman yang mana rajin dok plaak pi pebaik sendiri..idaaak jugak merasa...bab sampah dah kurang masalah dah..rumput pon sebab dah dok komplen kerap...
tapi apa yg bebetui kecewa..jalan raya..tak hehabih lubang..dah berlubang idok jugak pi tampung...dah berlubang sampai boleh buat kolam..baruuu nak pi tampung..rasonya Rim tayar kereta min baru pakai tak sampai setahun...3 daripadanya dah bengkok..lopak banyak sangat...penat woooooooooooooo..ingat kami ni cap duit ka?kompom belah kota setar/alor mengkudu..hampa susah nak menang..mana idaknya..pi la nengok jalan simpang kuala sampai alor mengkudu..cam hampeh lagik..dah la jalan tu jalan utama kesibukan setiap masa..kecuali pukui 12 malam ke atas..memang sepi la..lubang sana..lubang sini..nak tunggu apo?tunggu kami pakat kongsi duit tolong tampung?kluaq duit berjuta untuk tampung jalan kat sungai limau bleh plak?sebab depa undi lebih kot?hampa tak adil...saja buat naya rakyat...sama naik ja ngan geng Pusat..tak yah sembang la hampa baguih..heharap hampa yg jadi pemimpin di jauhilah api neraka..sebab min antara yg selalu berdoa suruh hampa pi tampung ka turap lain jalan...tak larat weeii..tak sampai seminggu aligment ngan balancing ngan chamber...daaah hancur balik...mahai gak tu weiii...hampa takpa laaa ada elaun pebaik kereta... "semoga ALLAH s.w.t dapat membantu min hamba yang hina dina ni, tak larat nak jadi hamba duit..kerana pemerintah lagu ni"
Tekanan Hidup:
hatni wallahuallam...sapo jadi pemimpin..hampa menjawab la time masuk kuboq nanti...tak mau menyumpah..ka mengata ka...hattu hampa terima la balasan kelak..memang min sentiasa doakan orang yg suka menganiaya hidup rakyat dia di balas dengan seadil adilnya...
p/s: bukan senang nak adil...tapi tak salah sesekali berlaku adil dengan sesama ISLAM..ni dok pulun berlaku adil semua sampai ISLAM terabai..
Friday, January 29, 2010
blanket!
Dan yang paling jadi penat bila musim tuisyen..nak kejar masa..tetambah dengan gangguan nak raya cina plak..huuuui..atas jalan..semua memandu dengan lalai sekali!..yang peliknya...kalau ada road block..polis kira dok tahan motor ja..kereta tak plak depa check..yang dok atas jalanraya tu..lampu brek tak berfungsi laa..signal memang kejadah laa..bukannya reti nak bagi signal kalau nak corner..abih kuat pon kalau terlanggar ke apo..pecut lari..sampaikan wira min nih..bercalar dengan kemek mesti ada..walhal kita memandu dengan hati2..depa slamber dog ja langgo..
Tahun lepas kat area pendang..min nak ke kiri..dah bagi signal punya la lama..sebab memang dah style min kalau nak corner memang dari jarak 20meter dah kasik signal tanda nak corner...usyar cermin pandang belakang..nampak la sekor mamat ni naik motor jaaauuh lagi...kluar dari mulut min dekat wife.."budak tu dah nampak kot signal kita kasik"..min pon amik la corner...kedegum!!!!!!!..hampeh..dia langgo pintu belakang belah kiri penumpang..apo punyo cilanat betui...dah tu min pon berhenti la kereta..dengan muka sakit, mamat ni slamber jaaa cabut lari...memang sumpah tak bahagia 1 keturunan la kat mamat ni..bila dah sampai ke destinasi rumah kenduri (family belah wife)..min story la kat abang din nih..jawapan dia lagi best.."budak kot kawasan ni memang camtu..bawak moto ka keta ka..langgo mesti lari punya".."sekoq2 budak kawasan ni taik pening ngan benda haram cam ganja ka ICE ja..merempit satu hal.."...masyaallah..ingatkkan pekan ja pening...kat kawasan pendalaman kampung pon sama haru biru..apo laa nak jadi ngan dunia la nih...
Moral- berhati-hati dengan penunggang motorsikal..depa lagi merbahaya dari kereta atau lori..kelalaian depa bawak moto memang cukup nyata..tak kira la kaum apa pon..semua sama jaaa...
Sunday, January 24, 2010
Pasangan guru saman pengetua, pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta
Pasangan guru saman pengetua, pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta
ALOR SETAR: Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.
Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.
Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.
Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar, memfailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.
Mengikut writ saman, defendan pertama yang terbabit dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.
Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.
Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang juga Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.
Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.
Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan "serangan" terhadap mereka.
Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.
"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.
Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah. - Bernama
Mr Munajat bin Tamrin
p/s:Tak hehabih jadi masalah dengan pengetua/guru besar org JPN or PPD..bayangkan apa akan jadi kalau di beri kuasa buang guru dekat depa ni?pemusnah kecermelangan guru2 di KEDAH..saya sebagai warga negeri KEDAH tak RESPECT SAMA LU ORANG!
Saturday, November 14, 2009
Best Sangat Ke Jadi Geng Tiga Garisan Ni?


Selalu orang cerita bila jadi geng2 cenggini, memang gangster abih..pastu selalu kalau ada kes apa2 pakat turun cover abih..memang di geruni bila jadi ahli mereka..tetapi setakat manakah kita ini digeruni dan ditakuti?
Rasanya tak kot...biasa ja jadi ahli depa..tapi besa la bila bab gaduh..mesti geng2 otai..ayahanda pakat turun..tapi kalau gaduh pon biar yang bukan kita cari pasai..kalau bab pompuan..bab kita yang cari pasai..silap aribulan..kita yang kena pukui....
Sekadar jadi ahli agar boleh join aktiviti mereka...bukan nak jadi mafia..kehkehkehkeh
Monday, November 2, 2009
Sejarah Peti Undi Taman Malik
Saya nak story sejarah dan kajian bermula Plihanraya ke 11 dan ke 12..
Sebermulanya penglibatan saya dalam pilihanraya ke 11 ketika era Syed Razak amatlah menggembirakan. Walaupun hanya sebagai petugas di peti undi..tetap menyeronokkan kerana dapat mengenali pahit manis dalam pilihanraya.
Saya ditugaskan di Peti Undi Taman Malik, iaitu salah satu peti undi yang penting dalam Parlimen Kuala Kedah dan Adun Kubang Rotang. Itu pun setelah di serapkan oleh ayah saya yang di desak oleh saya yang teringin sangat nak mengenali pilihanraya.
Ketika itulah saya mengetahui yang Peti Undi ini amat penting buat Syed Razak kerana peti penentu segala dalam keputusan pilihanraya. Saya juga di beritahu kalau kalah peti undi ni kalah, bermakna peti undi yang lain akan terkena tempiasnya.
Statistik yang merbahaya membuatkan peti undi ini begitu penting dalam Adun Kubang Rotan.
MELAYU - 507 Pengundi mewakili peratusan 52.4% undian
CINA - 440 Pengundi yang mewakili peratusan 45.5% undian
INDIA - 16 pengundi yang mewakili peratusan 1.7% undian
LAIN - LAIN - 4 pengundi yang mewakili peratusan 0.4% undian
Statistik ini menunjukkan pengundi Cina boleh di anggap undi penentu dalam setiap pilihanraya di peti undi ini. Ini membuatkan Calon Kubang Rotan ketika itu yakni Syed Razak sendiri memberi tumpuan yang teramat sangat di peti undi ini.Kiranya janji yang di buat akan ditunaikan agar pengundi penting tidak beralih arah untuk mengundi parti yang lain.
Dari Pagi sampai lah petang sewaktu pilihanraya ke 11, Syed Razak tidak henti2 dapatkan maklumat terkini sampailah keputusan dikeluarkan. Dan kemenangan terhadap Syed Razak dan Parlimen Kuala Kedah- Hashim Yahaya (betui kot nama dia).
Bila tibanya pilihanraya ke 12, perubahan angin telah berlaku. Setahun awal sebelum pilihanraya, kami telah pun di titik beratkan kelemahan kepimpinan BN yang menjadi kerisauan semua jentera parti.Kiranya saya di lantik Ketua Bilik Gerakan agar memastikan peti undi di sini dapat bereporasi dengan baik. Tetapi dugaan yang amat sangat kerana goyahnya kepimpinan ketika itu, setahun saya terpaksa bertugas bersendirian kerana nama yang bertugas ketika itu tidak dapat memberi komitmen yang baik kerana hilang kepercayaan terhadap parti.
Boikot yang di jalankan terhadap parti memang terasa sangat..kurangnya sokongan terhadap parti memang di rasai terutama sekali dari kaum Cina. YB Parlimen Kuala Kedah langsung tak pernah kelihatan.apa yang di janji tidak kesampaian. Dan ini telah memberi laluan mudah untuk PR mengambil alih tampok kepimpinan Parlimen dan Adun kawasan ini.
Yang pasti, ketika pemerintahan BN, kesejahteraan, kebersihan,pembangunan dan keselamatan amat di rasai kerana Adun Kubang Rotan yang dahulu serta YB Kota setar & Alor Setar selalu melawat kawasan sekitar dan berusaha menyelesaikan aduan yang di adukan oleh penduduk.
Tetapi boikot terhadap ketidak puasan hati terhadap Pak Lah, telah memberi kemenangan mudah untuk PR.Naaaahh...!jatuhnya BN di kawasan ini..dan pengundi baru PR mengharapkan mereka di beri perhatian lebih oleh PR.
Tuup tuup..dah lama dah memerintah..semua pakat dok sebut...YB KEADILAN dengan YB PAS lagi tak nampak batang hidung...kot kata nak melawat penduduk langsung idak..dah jadi cam anak tiri dah...yang mengundi mula mengeluh tidak puas hati dengan kepimpinan...mereka nak lebih daripada itu...
Di Blog YB PAS plak asyik melawat dan memberi tumpuan jauh nun di Kuala Kedah..banyak kali jugak la saya sebut kat blog YB tersebut..mai la melawat..mai la melawat..tak jugak sampai...
kiranya komuniti di sini mula menyesali apa yg depa undi ketika pilihanraya lalu...mereka tak peduli sangat pembangunan..tak peduli sangat kemajuan..tak peduli sangat segalanya...tapi depa peduli jika YB sekali pun tak pernah melawat dan cuba menyelesaikan aduan kecil mereka.
Saya tak tau kenapa YB susah sangat nak sampai kawasan peti undi taman malik ni.maybe tak besar sangat kot pengundi yang ada di sini...
Depa lupa yang ada 138 undi tegar untuk UMNO di kawasan ni tak termasuk GERAKAN dan MCA di kawasan ni...
Dan saya rasa YB sendiri tak tahu yang kejadian kecil hampir tercetus dekat kawasan ni sampai setrak FRU dan SB dari ibu pejabat polis dah bersiap sedia untuk mengawal keadaan...hampir tercetus pergaduhan..tetapi dapat di selesaikan secara bertoleransi walaupun ada yang masih tak puas hati..semua ni berlaku 2 hari sebelum pilihanraya...jadi rugi rasanya bagi saya kalau YB tak jugak ambik berat peti undi kawasan ni..
Mungkin la YB tak tahu sebab ini tidak membabitkan penyokong PR..kerana ini mengenai MELAYU dan CINA..tak tau la saya nak gambarkan camna lagi dekat YB peti undi ni..
bagi saya team Think Tank YB gagal dalam mengkaji atau menganalisis kawasan yang di pimpin beliau....for sure tengok la gambar yang saya siarkan mengenai taman sri manis...hampeh ja..
ingat nooo YB...sini menang bukan kerana pengundi lompat parti...tetapi boikot parti...depa tetap setia dengan parti..kalau YB tak nak depa tak pangkah parti YB...pepandailah YB ambik hati..sebab saya nampak cam dok makan diri jaaaa...
wassalam
Wednesday, October 28, 2009
Indahnya Alor Setar Ku



Tetapi bila hadirnya siang, bila kita dok melepak kat alor setar..inilah yang kita dapat lihat..tang mana yang pakat pi heboh kata Alor Setar kian bersih dan indah tu?
Ni bukan gambar tempat rekreasi taman rimba..tapi pemandangan hutan di kawasan perhentian bas Shahab Perdana..rasa sedih pun ada..boleh plak pi kluar kenyataan kian bersih...tu saya tak pi snap gambar di kawasan penempatan Seberang Perak lagi tu..dah cam kawasan setinggan...kotor...
Takkan laaa nak kena buat kenduri kendara baru nak melawat...betui kan YB2 seantero Kedah kan?
Tuesday, October 27, 2009
Indahnya Taman Sri Manis jika di jaga dengan baik
Hutan Bukan Taman Sri Manis, Alor Setar Versi 2
pemandangan cam rumah terbengkalai ada la..taman sri manis ni rasanya dah berpuluh tahun tak di turap..aritu dah mohon jalan diturap baru, kiranya siap engineer bandaraya mai nengok..sebab Calon BN tempoh hari ahli majlis bandaraya..bila BN kalah..pakai tak ada progress la jawapannya..persoalan penduduk Taman Sri Manis dan lain-lain taman yang di bawah naungan Parlimen Kuala Kedah dan adun Kubang Rotan..mana YB nya?tetambah Parlimen Kuala Kedah..sama ja ngan hashim yahaya wakil BN dulu..haraaam tak nampak batang hidung...
Takkan la dalam masa bertahun memimpin kawasan sehari pun tak mampu melawat?
Taman ke Hutan Sri Manis ni? YB tak teringin nak mai kawasan ni ka?
Lihat secara ringkas parit depan rumah saya ni, sempoi tak? Setiap bulan saya dan keluarga cuba membersihkan longkang ni..tapi dah longkang pon tersumbat..air akan menjadi kotor semula...
dah nampak cam hutan jaaa..nak kata kebun pun bukan
ni belakang rumah plak...tu pon pepakat dok tolong jaga..tapi mana larat..modai nak kena kluaq..cukai nak kena bayaq..






